Monday, 4 May 2020

tetamu lama

jika kau kembali kepangkuanku semula nanti
bawalah bersama nurani yang baharu
firasat aku kau hilang dibawa lari
sekumpulan tetamu bernama kenangan semalam

sayang
kini suaramu tidak lagi dendang lulubi
tawamu asaku mati
jiwamu telah bersemadi

nama kau tinta di naskah-naskah lama
dan jemput masuk kesedihan
sila duduk dan bertenang
angggaplah ini rumah persinggahan
sebentar lagi kau akan pulang .




No comments:

Post a Comment