Monday, 4 May 2020

ke kamar tulis

dosa terbesarku sebagai manusia ada di samping foto-foto lama
diasing satu persatu momen berangkai berupa kenangan,

ah, bisa saja semuanya itu palsu
tak lebih sepitis rakam waktu menambah pengikutku,
aku bilang dosa kerana foto mengoyak memori bersama,
bukan culas meratapi tapi tak lebih mengakui tiap-tiap firman tuhan .

Keasingan kita oleh kerana ketentuan
tapi semuanya masih ada kutulis di kertas nipis
baris takkan sesekali berbahagi noktah melainkan berhenti lelah

percayalah, aku takkan muak mengulang tulis .




tetamu lama

jika kau kembali kepangkuanku semula nanti
bawalah bersama nurani yang baharu
firasat aku kau hilang dibawa lari
sekumpulan tetamu bernama kenangan semalam

sayang
kini suaramu tidak lagi dendang lulubi
tawamu asaku mati
jiwamu telah bersemadi

nama kau tinta di naskah-naskah lama
dan jemput masuk kesedihan
sila duduk dan bertenang
angggaplah ini rumah persinggahan
sebentar lagi kau akan pulang .