Thursday, 29 December 2016

surat jemputan tuhan

Itu hari
aku terima surat jemputan Tuhan
yang masih lagi aku simpan elok rapi
dalam kotak kenangan

buatnya aku terlupa
ketara aku tak patuh ada
hukum saja lenyap seperti tiada!

Tuhan bermaksudkan aku harus pergi
dalam jam yang aku tiada berkemas
tak bersiap apa, tak ready!

aku tidak hairan
jika pahala berkepok-kepok yang aku bawa
rasa cinta pada Tuhan yang tiada tara

tapi..

apa sahaja yang ada?
alam fana juga seluruh isinya
malah sembah-sembahan dunia

egois aku pada tuhan;










Saturday, 24 December 2016

sangka

Ada muka lebar
ada gigi jongang
ada dahi jendul
ada rambut kejung
ada kaki pendek
ada kulit hangit
ada badan keding
ada mata penyet

Sangka sahaja..
jangan pula kau percaya bulat-bulat
sangka mu itu kutukan yang maha bala

cukup-cukup kufur nikmat mu
atau kau mahu lagi?

ada kaki kudung
ada mata buta
ada mulut bisu
ada akal pendek

biar!
biarkan sahaja manusia yang berkata
apa mereka tidak tahu?
Tuhan Maha merencana

tidak perlu kau meletakkan sangka kejam mu
untuk setiap janji Tuhan
jadi?
apa guna mulia kita ini lebih
daripada hamba-hamba yang lainnya?

tidak perlu banyak
sekadar perlu lafaz
syukur Alhamdulillah..
hanya untuk sekali hembus nafas
itu sahaja
itu tiada cantik tiada buruk
sama!

si bahasa angkasa

Tunggang-langgang
kapal karam
hiruk-pikuk
pasar malam.

pelaku jujur

Dalam realiti kehidupan
tidak mudah kita jumpa kata-kata telus
dan suci itu seolah-olah aneh"
jika ada...
barangkali itu jelmaan malaikat
menyerupai manusia.

Thursday, 8 December 2016

kita antara yang ribuan

Cukup dewasakah kita ini
yang hanya mengenal cebis-cebis dunia
dan tak pula kita kira sepertiga yang masih belum teroka
atau siang malah menyalahi kita yang asyik berasmaradana
dalam banyak-banyak cereka di kaca maya
cuma satu dua atau sekadar diada-ada

andai sahaja diminta kita meneka
mereka-mereka yang tinggalnya dua jarak dari kita
apa kita akan saling menyapa?

pada kiraku tuhan sengaja membeda
tiap-tiap daripada kita
dengan warna bola mata

agar kita cuba berfikir
kita ini antara yang ribuan
terpisah oleh kantung dalam kandungan.






Monday, 5 December 2016

amukkan si pesakit mental

Nerjah
nerkam
tumbang
kokang
rodok
sodok
ratah
kunyah
pekik
lolong
herdik
cemuh
maki
hamun
carot
nyah, nyah, nyah!
hah, hah, hah!

di hadapan kayu tunggul.