Ada muka lebar
ada gigi jongang
ada dahi jendul
ada rambut kejung
ada kaki pendek
ada kulit hangit
ada badan keding
ada mata penyet
Sangka sahaja..
jangan pula kau percaya bulat-bulat
sangka mu itu kutukan yang maha bala
cukup-cukup kufur nikmat mu
atau kau mahu lagi?
ada kaki kudung
ada mata buta
ada mulut bisu
ada akal pendek
biar!
biarkan sahaja manusia yang berkata
apa mereka tidak tahu?
Tuhan Maha merencana
tidak perlu kau meletakkan sangka kejam mu
untuk setiap janji Tuhan
jadi?
apa guna mulia kita ini lebih
daripada hamba-hamba yang lainnya?
tidak perlu banyak
sekadar perlu lafaz
syukur Alhamdulillah..
hanya untuk sekali hembus nafas
itu sahaja
itu tiada cantik tiada buruk
sama!
Saturday, 24 December 2016
pelaku jujur
Dalam realiti kehidupan
tidak mudah kita jumpa kata-kata telus
dan suci itu seolah-olah aneh"
jika ada...
barangkali itu jelmaan malaikat
menyerupai manusia.
tidak mudah kita jumpa kata-kata telus
dan suci itu seolah-olah aneh"
jika ada...
barangkali itu jelmaan malaikat
menyerupai manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ya Allah aku bersyukur untuk setiap kurniaan Mu bermula dari umbun yang tertulis takdir sehingga hujung belitung kakiku yang berair ini...
-
pandangmu mengecil seperti fajar di petang hari perjalanan kita merusuh di balik asap mobil di tengah-tengah kota sibuk dahulu kaca mata ada...
-
Kau tahu aku suka warna biru permai menenangkan? jadi apa masalah kau curah warna merah peran menjengkelkan?