Sunday, 21 August 2016

diagnosis

Harapan manusia
menjadi terlahir semula
ke dunia atas kehendak Esa.

Tuesday, 16 August 2016

termometer

Suria memanasi
jadi benderang menghangusi
kulit sopak nadi berhenti
setiap urat-urat sendi mematahi
dan kalutkan aku dalam posisi

aku tak lagi berahi.

#SLE

Sunday, 14 August 2016

kanta

Apa yang ditafsirkan oleh pancaindera ini
terhadap hiruk pikuk dunia
cintan cintun manusia
sembilu mensoyat pedih dan perih
adakala manusia sendiri mencipta
kemudian dituduh tercipta


Saturday, 13 August 2016

petak segi

Sukar untuk aku menyamai setiap lekuk
yang sudah sedia terpahat pada segi orang
kadangnya petak tak menyamai petaknya aku
kerana hujung petak itu kadangnya sumbing
padahal ada yang sempurna ukirannya
tanpa sedikit sopaknya aku


Monday, 1 August 2016

pejal

Ini hari
aku nakal
ambil beluti
acu akal
terburai
berkecai
bersepai

tapi aku pejal
terus mendajjal