soal wanita tercantik dan tiket aku ke Firdaus
dan apa daya kita nak pertikai
dan apa hak kita nak merungkai
siapa lagi setanding dari kita
bila saki baki hidup kita bermula dari selaung jeritan
Ini waktu yang pas aku katakan
nyah! sahaja mereka-mereka yang ternyata dongengan
yang menjanji angan
sedangkan dia selayaknya kesayangan
Semoga bonda sihat sihat sahaja
anakmu bakal pulang .