Sunday, 18 October 2020

tentang sapu mata dan kaca mata

pandangmu mengecil seperti fajar di petang hari
perjalanan kita merusuh di balik asap mobil di tengah-tengah kota sibuk
dahulu kaca mata adalah sahabat sejatimu
mencari bingkai yang lama terkulai 
Scene keluar ke bandar sambil mencari bakso kegemaranmu
kau bilang kau alah sama asap dari kuali yang berlinang bara
gerai makanan tepi jalan dan Aci si tukang masak yang kau puja
kini pekat dalam ingatan yang tak mahu minggir 
Kaca mata adalah pakaian kau sewaktu keluar ke kota berdua-denganku
kau rimas barangkali ujarku dalam hati

aku masih tertanya bagaimana perasaan si mata empat yang ditakdir tuhan
serta keinginannya melihat hari esok
pandangnya bias, seolah hilang pedoman dunia
tapi soal sapu mata dan kaca matamu itu
olengan paling aku rindu;