Apa mungkin aku tahu keupayaan sebenar jiwa ragaku,
kecuali setelah ditinggal mati namun mahu tetap mengasihi?
Tidak.
Aku kira
rindu tidak dicipta
oleh tangan yang berpegangan;
melainkan dengan cinta
yang tidak kecapaian.
Gendewa,
hatimu kalung di leherku,
nafasmu loceng di kakiku.
Biar jauh aku kayuh
tetap kudengar keberadaanmu.
(catatan Wani Ardy)
No comments:
Post a Comment